Thursday, June 14, 2012

safe and sound lyrics





Hi harini aku nak share sebuah lirik pada lagu yang aku 'agak' suka tajuk dia safe and sound wohoo  :D oklah introduction camner aku dapat tau pasal lagu ni.. berapa bulan yang lepas aku sedang sibuk mencari lagu-lagu taylor s yang terbaru and..... aku jumpa la lagu ni. first aku dengar boleh tahan gak lepas tu aku menegok lah tepi2 tu tetiber nampak ada orang cover lagu ni... lagi SEDAP!! trust me boleh kalah taylor swift (jangan marah ye peminat taylor sekalian :P) . apapon aku da dapat hafal lirik dia .aku ni jenis yang pantang tengok orang cover lagu .. aku pon akan turut nk nyanyi sekali (sibuk je hehe) ok ni la dia huahua :



[Taylor Swift]I remember tears streaming down your faceWhen I said, I'll never let you goWhen all those shadows almost killed your lightI remember you said, Don't leave me here aloneBut all that's dead and gone and passed tonight
Just close your eyesThe sun is going downYou'll be alrightNo one can hurt you nowCome morning lightYou and I'll be safe and sound
Don't you dare look out your window darlingEverything's on fireThe war outside our door keeps raging onHold onto this lullabyEven when the music's gone
Just close your eyesThe sun is going downYou'll be alrightNo one can hurt you nowCome morning lightYou and I'll be safe and sound
Just close your eyesYou'll be alrightCome morning light,You and I'll be safe and sound...Oooooo, OoooOooo,Oooooo, OoooOooo,Oooooo, OoooOooo,Oooooo, OoooOooo,Oooooo, OoooOooo,Oooooo, OoooOooo...

lagu ni soundtrack untuk movie name dia hunger game (permainan yang lapar huhuhu :B)







       Jom tengok versi julia sheer pulak

Sedap gila nak mampus kan?

Monday, June 11, 2012

Cara-cara nak makan nasi

Aku tau tajuk entri aku agak sengal bunyinya tapi peduli apa aku :P di sini aku bagi tutorial tentang cara-cara nak makan nasi.
1)masak nasik atau beli je daripada restoran
2)ambik pinggan atau polistrin atau kalau ada yang lebih sesuai korang guna jelah asalkan boleh bubuh nasik 
3)pastikan nasik tu masak kalau tak makan jelah muahaha
4)basuh tangan korang boleh rujuk cara-cara nak basuh tangan dengan betul kat internet
5)baca doa makan tau! jangan baca doa masuk tandas sudah
6)kalau korang makan guna sudu korang guna sudu bersaiz sederhana dan kaut nasik mengunakkan sudu tersebut(betul ke ayat aku tu? :P) kalau korang guna tangan kaut je lah pakai tangan dengan merapatkan jari-jemari korang tu.
4)masukkannya di dalam mulut jangan masuk dalam hidung ya! selamat mencuba!


Oh My Mathematics

 Selepas bercuti 2 minggu.. kini murid-murid sudah kembali ke sekolah .... (saat yang paling aku benci >_<) aku waktu dua minggu tu aku ada perasaan takut nak ke sekolah nak berhadapan dengan cikgu math aku, cikgu Y.  Kenapa? aku dapat rasakan markah math aku mesti gagal .. dan aku tak nak dimalukan depan kelas  dengan cara cikgu marah dan bebel aku sorang dalam kelas aku malu.....

 Selepas waktu bio dengan pj kini tibalah masa yang paling aku benci .... WAKTU MATH!!!! OH TIDAK!!! semasa cikgu melangkah masuk dalam kelas aku dah rasa lemah tidak bermaya. dan hanya berserah je lah pada yang esa. Apa boleh buat itulah apa yang aku dah buat dalam periksa :(. cikgu cakap jugak yand dia panggil nama tu berdasarkan descending number (dari markah paling tinggi ke paling rendah). Setelah satu persatu nama disebut aku dah boleh agak nama aku mesti paling last yang disebut . Dan...... aku pergi ambik kertas kat meja cikgu tu, cikgu tu bertanya kenapa awak gagal?awak sorang je tau yang gagal..pastu cikgu tanya kat satu kelas tentang kertas graph aku ... ni orgive ke?? dan macam biasa mesti aku kena bebel .. aku kalau seboleh-bolehnya menenangkan diri aku.. aku tak nak tunjukkan yang aku ni orang yang lemah  dan  mudah menitiskan airmata. tapi dalam hati ni tuhan je lah yang tau betapa malu dan sedihnya aku ... lepas tu dia cakap nak tukar pengajaran dia dalam bahasa inggeris tak kisah la orang faham ke tidak(sebab sebelum ni dia tukar bahsa melayu dari bahsa inggeris sebab dia fikir aku tak boleh catch up dalam bahasa inggeris). The main  point is aku memang lah faham bahasa inggeris bukan salah bahasa tu aku gagal tapi aku memang dah lemah math kalau kau dah lemah dalam sesuatu subjek tukar bahasa apapun ko tetap lemah lagipun aku sejak kecil memang math belajar dalam bahsa inggeris. hm :'( Kadang-kadang dalam hati aku ni rasa menyesal gila masuk kelas pertama(sains) all the things ko kena dapat excellent kalau tak...lu pikirlah sendiri . Kalau kau kelas belakang, cikgu takdelah kisah sangat.


 Apepun aku sebenarnya banyak pengalaman buruk dengan math aku tak taulah kenapa, banyak sial agaknya :P aku ingat lagi aku kene marah waktu darjah 6 sebab tak tau nak buat math kat depan. Aku ingat lagi waktu form 2 itulah adalah saat yang paling pahit dalam hidup aku.. sebab asal aku ingat je aku rasa macam nak menangis je . aku kena halau keluar dari dalam kelas, aku kena selalu berdiri dalam kelas,. aku kalau boleh tak nak ingat lagi peristiwa tu ... lepastu aku cuba berubah menjadi lebih baik. homework in time semua waktu form 3, tapi tetap juga aku dapat kumpul satu peristiwa sadis pasal math. aku selalu tak dapat jawab soalan kat papan hitam dan akhirnya cikgu suruh aku bawak meja kedepan betul-betul depan board. Aku dengan sorang kawan aku tu kena buat macamtu. dia okey relaks je tapi aku? aku menangis sebab aku malu dengan kawan-kawan aku, aku ingat lagi kaki aku bergetar gila .aku rasa macam entahlah susah nak cakap yang pasti, ingatan aku tentang apa yang dah berlaku waktu form 2 kembali ke kotak ingatan aku . semua yang aku rasa aku luahkan kat kawan aku, kalau tak mesti aku boleh jadi gila sebab tension .

 Fact1: sejak aku darjah 1 hingga darjah 5 aku tak pernah dapat A dalam math. aku berjaya dapat A buat pertama kalinya waktu UPSR nasib baik je tu. Fact 2: form 1 hingga form 4 aku tak pernah dapat A dalam math.

Peristiwa-peristiwa tu kadang2 membuatkan aku sedar yang aku mesti berubah dalam kadar segera sebelum SPM kalau tak lingkup aku kalau macamni. Aku harap aku boleh melakukan sebagaimana kawan-kawan aku  Amin~

p/s: nampaknya aku kena bersedia untuk menjawab soalan-soaln math yang akan cikgu Y tanya. sebab dia mesti dah target aku -_-'